Monday, October 20, 2008

AKTIVITI 06/2008 : MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 2008

PROGRAM : MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 - 2008
TARIKH: 18 OKTOBER 2008
MASA : 3.3O petang - 5.30 petang
TEMPAT :TAMAN PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA
(Bersempena Perayaan Aidilfitri & Deepavali)

FAKTA MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 - 2008

1. Majlis yang dirancang sederhana tapi meriah. Menu utama mee, bihun, ketupat rendang ayam/daging dan nasi himpit. Kek dan kuih-muih lain disumbangkan penduduk setempat.

2. Upacara penyampaian hadiah Liga Futsal KRT BPJ 2 juga telah dilangsungkan oleh Penyelia KRT BPJ 2, En. Omardi Ismail(JPNIN).

3. Tayangan klip video Liga Futsal KRT BPJ 2 dan Pilihan Video aktiviti KRT BPJ 2 2007 - 2008 diadakan sebagai santapan mata.

Jiran wanita 1/5 sibuk menyediakan juadah rendang dan ketupat
(jangan buat kerja sambil mengumpat sudahlah)
persiapan tempat acara: ukur betul-betul, nak buat cadar meja tau bukan baju raya!!
Reduan, Ramlee(Lie Bomba) & Sabri sedang sibuk melayan tetamu(sambil "control" "hensem")

"Pandu kereta biar perlahan
elakkan diri dari terjahan
makan dan minum bukan keutamaan
menjalin kemesraan agenda tujuan"

"Jauhkan bermusuh bersengketa jangan
usah dibiarkan teraju terbiar melayang
Keinsafan-kesyukuran tanda kemenangan
rapatkan ukhwah saratkan kasih sayang"
"Bersama Memperkasakan Masyarakat - Rohani & Jasmani"

Wednesday, October 15, 2008

AKTIVITI 05/2008 : MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU AL MUBARAK

PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU AL MUBARAK
TARIKH: 20 SEPTEMBER 2008
MASA : 6.OO petang - 8.00 malam
TEMPAT :SURAU AL MUBARAK
(Dengan kerjasama AJK Surau Al-Mubarak)

FAKTA MAJLIS BERBUKA PUASA

1. Makanan-Nasi daging, kurma, kuih muih dan air jagung/mentimun cina.

2. Dihadiri oleh kaum lelaki dewasa dan kanak-kanak.

3. Kuih-muih yang berlebihan dibawa ke moreh.

4. Kerjasama menguruskan majlis berkenaan walaupun kecil tapi sedikit sebanyak ianya telah menglahirkan rasa ukhwah sesama penduduk Islam KRT BPJ 2.

Bawa anak sekali berbuka puasa

Abang Zul, Abang Jo & Abang Napiah tengah dok pekena nasi daging.

Tuesday, October 14, 2008

AKTIVITI 04/2008 : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK

PROGRAM : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK
TARIKH: 22 JUN 2008
MASA : 5.OO petang - 7.00 malam
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK
(Dengan kerjasama AJK Surau Al-Mubarak)

FAKTA GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK

1. Surau Al Mubarak terletak di premis kediaman yang disewa oleh penduduk Islam KRT BPJ 2.

2. Ianya sedikit sebanyak memain peranan sebagai institusi keagamaan kepada penduduk Islam setempat dalam menjana nilai-nilai kerohanian.

3. Gotong royong dihadiri oleh golongan dewasa dan kanak-kanak.

4. Sedikit jamuan ringan -roti canai dan kopi panas kaw menutup tirai aktiviti berkenaan.

Gotong royong dah selesai, kini tiba masanya menyelesaikan roti canai dan kopi o kaw...kanak-kanak yang paling bersemangat untuk menggambil bahagian