Friday, August 29, 2008

AKTIVITI 01/2007 : MALAM PENGHAYATAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA

PROGRAM : MALAM PENGHAYATAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2007
MASA : 8.00 - 11.00 MALAM
TEMPAT : PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA
(Dirasmikan oleh ADUN Sidam YB. Dato’ Fong Chok Gin, diwakili oleh : En. Ooi Beng Kooi)

DISEBALIK TABIR

1.Idea mengadakan sambutan merdeka ke 50 pada asalnya datang dari seorang AJK(saudara Zamarludin). Cadangan asal nak buat kutipan RM10/= seisi rumah bagi mengadakan barbeque..sambil makan sambut merdeka.

2.Untuk menjadikan sambutan berkenaan lebih bermakna. acara mendeklamasi puisi, nyanyian lagu patriotik dan tidak ketinggalan acara kegemaran ramai iaitu jamuan telah diusulkan dalam mesyuarat AJK.

3.Tanpa sebarang dana atau geran yang belum diterima, AJK KRT BPJ 2 telah berusaha mencari penajaan dan sumbangan dari pihak-pihak berkaitan.

4.Semangat penduduk yang tanpa diminta pertolongan turut sama-sama turun membantu membuat persediaan persiapan majlis menggambarkan "masih ada golonggan yang mempunyai nilai kesedaran yang tinggi terhadap kerja-kerja kemasyarakatan yang sememangnya tiada menjanjikan sebarang bentuk ganjaran material-hanya kesejahteraan dan kemanafaatan bersama masyarakat setempat yang menjadi dambaan-buat kita, keluarga, masyarakat dan generasi masa depan". Insyaallah...

FOTO-FOTO PERSIAPAN dan MAJLIS SAMBUTAN MALAM PENGHAYATAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA
Paksu, Pekerja OSK, Farid, Kadir, Shukri dan Lan sedang memasang khemah tajaan OSK Properties.
Pentas buatan Malaysia(Made by Rosmini(mie)-nationality=Malaysian)..Karpet buatan Bangladesh!!??
Semua sudah siap..minta jangan hujan sudahlah(dengan rahmat Allah hujan lebat yang melanda seminggu di KRT BPJ 2 tiba-tiba hanya turun rintik-rintik)
Diantara yang menyampaikan persembahan :

1. Malaysia Boleh(sajak)Adik Nurzahirah Bt. Shuib

2. Bapa Kebebasan(sajak) - Adik Nasriq & Adik Akmar

3. Bahtera Merdeka &Warisan(lagu) - Sdri. Noo rifhan Yusoff

4. Jadilah Anak Merdeka(sajak)- Sdr. Kader Matheesa & Adik Nasreen

5. Dengan Bersemangat Patriotik (sajak) - Sdr. Jerukasi Abdull

6. 50 Tahun Merdeka - Sdr Hady Omar

7. Keranamu Malaysia - Adik Divan a/l Raja Kumar

Penduduk yang hadir dari pelbagai kaum menyaksikan persembahan nyanyian patriotik

FAKTA MENARIK MAJLIS MALAM PENGHAYATAN KEMERDEKAAN NEGARA KE 50

1. Persembahan yang dibuat pada malam berkenaan tanpa ada sebarang "latihan(reherseal)"

2. Tarikh sebenar majlis diubah dari 8 September 2007 ke 9 September 2007 disebabkan "final "Piala Malaysia..Kedah ke "final."

3. Penajaan dan sumbangan utama dari Ahli Parlimen Sungai Petani, ADUN Sidam dan OSK Properties.

"TUAI PADI DIANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI SEMEMANGNYA SUDAH NAMPAK
PERPADUAN KAUM TERAS KEMEDEKAAN"

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Thursday, August 28, 2008

PERLANTIKAN AJK KRT BPJ 2 - 2007

PERKARA : MESYUARAT PERLANTIKAN AJK TETAP KRT BPJ 2
TARIKH : 27 JUN 2007
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : RUMAH PENGERUSI PENAJA (SDR. HAMIDON HAMID)


AJK penaja yang terbentuk dari majlis taklimat 9 September 2006 telah menjalankan gerakerja mencari dan menyalurkan maklumat yang diperlukan bagi memenuhi tuntutan permohonan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional(JPNIN) .

Permohonan yang memenuhi prasyarat telah dihantar pada awal Disember 2004. Proses yang menggambil masa 6 bulan akhirnya telah memberikan khabar gembira melalui suatu panggilan telefon dari En. Omardi(JPNIN Kuala Muda/Yan) yang menyatakan bahawa" Zon Bougainvillaea telah tertakrif sebagai Kawasan Rukun Tetangga pada 13 Jun 2007." Alhamdullilah...

Mesyuarat perlantikan AJK telah dilangsungkan dengan dihadiri oleh AJK penaja dan jemputan khas penduduk setempat dari pelbagai kaum.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Saudara Hamidon Hamid dengan kehadiran En. Omardi Ismail(JPNIN) telah menyaksikan perlantikan AJK tetap KRT BPJ 2 berjalan dengan lancar.En Omardi Ismail mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada AJK yang dilantik.

Majlis disudahi dengan tayangan slide aktiviti kemasyarakatan setempat sebelum tertakrifnya KRT BPJ 2, jamuan ringan dan ramah mesra penduduk.

"Jawatan adalah amanah bagi memenuhi suatu tanggungjawab..hasrat dan juga harapan.."

Tanpa kemudahan dewan orangramai, Mesyuarat Perlantikan AJK Tetap diadakan dibahagian anjung kereta. Ini sewaktu sessi "syoru...."

Yang turut hadir memberi sokongan : Abang Halim, Cikgu Saidin, Abang Mail dan Latiff

Kaum wanita bersama para "rejimen" (anak-anak) mengikuti perjalanan mesyuarat dari dalam ruang tamu

Monday, August 25, 2008

RENUNGAN 1 : ANUGERAH DARI SATU KEMUSIBAHAN


"Jadilah seperti rumah api,
menjadi pedoman buat pelayar dilautan
sewaktu laut bergelora ombak menggila
ia terus tegak bertahan..biarpun
dalam kesakitan-ombak menghentam"

Seseorang yang menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberi dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan biasanya tidak dapat bertahan lama.

"you can fool some people sometimes but you can't fool all the people all the time"(anda boleh memperdayakan sesetengah orang pada sesetengah masa tapi anda tidak akan boleh memperdayakan semua orang pada semua masa)

Kita mungkin pernah, sedang atau akan menghadapi keadaan dimana seseorang yang diberi amanah bagi menjalankan kerja kemasyarakatan mengkhianatinya dengan menjadikan ia sebagai platform untuk mengaut keuntungan peribadi.Kesan darinya mungkin akan menyebabkan sesetengah golongan masyarakat akan mem"borong"(menuduh) kesemua AJK/pengerak persatuan berkaitan sebagai "haprak"!!- Ibarat "sesekor lembu membawa lumpur habis semua terpalit"..."kerana nila setitik habis susu sebelangga"..

AJK/pengerak yang kena terpalit pula boleh pula diibaratkan "tak ada kerja cari kerja..kerja pula tak dapat duit...yang cuma dapat hanya kutukan-memang perit-hati sakit". Cuma satu ubat yang boleh mereda sekaligus menyembuhkan kesakitan berkenaan iaitu "bersabar" ("sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar").

Sesuatu peristiwa hitam harus dihadapi dengan tenang. Mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu musibah adalah keutamaan yang perlu difokus bukannya dengan cepat melatah. Musibah dan cabaran yang mendatang adalah merupakan suatu proses kearah kematangan dalam kita terus mengharungi hidup di bumi Allah ini.

Proses penyelesaian Masalah/musibah:-
1. Analisa punca masaalah
2. Kenalpasti kaedah-kaedah penyelesaian masalah/musibah
3. Pilih kaedah yang terbaik penyelesaian masalah berdasarkan analisa

(jika terdapat Pro dan Kontra diantara kaedah-kaedah berkenaan, pilih yang paling ringan
kemudharatan dan kesan negatifnya)
4. Implementasikan kaedah yang dipilih

Seberat manapun cabaran ataupun musibah yang menimpa, ambil ianya sebagai panduan dan pengajaran untuk pedoman di masa hadapan disamping tindakan penyelesaian haruslah disusuli bagi membetul atau menenangkan kembali keadaan. Jauhi sikap terlalu mengenang, mengungkit, meratap ataupun yang senada dengannya kerana kesemua itu tidak akan dapat merubah apa yang telah berlaku...



"Yang berlalu hanyalah suatu sejarah

usah terlalu diungkit atau diseranah...

ayoh..bangun kembali jalankan amanah

setiap kejadian semestinya punya hikmah"



Friday, August 22, 2008

BERMULANYA SEBUAH PERMUAFAKATAN-2006

PROGRAM : MAJLIS TAKLIMAT KAWASAN RUKUN TETANGGA
ZON BOUGAINVILLAEA, SUNGAI PETANI, KEDAH
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2006
MASA : 8.00 - 11.00 MALAM
TEMPAT : TAMAN PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA

Kawasan Rukun Tetangga Bandar Puteri Jaya (KRT BPJ 2) telah mendapat penakrifan sebagai KRT pada 13 Jun 2007 oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang beribu pejabat di PutraJaya yang meliputi Jalan BPJ 1/3 sehingga Jalan BPJ 1/8 Zon Bougainvillaea, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Usaha mendapatkan penakrifan KRT bermula semenjak dari tahun 2006 dan kemuncak kepada permohonan tersebut ialah dengan berlangsungnya majlis taklimat yang dikendalikan oleh Jabatan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Muda/Yan(JPNIN) pada 9 September 2006, jam 8.30 malam di Padang Permainan Zon Bougainvillaea.

Majlis taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En Meor Hashim Meor Hassan Pegawai JPNIN daerah Kuala Muda dan En. Omardi Ismail(JPNIN) yang mana kos penyelanggaraannya adalah hasil kutipan wang yang dibuat dari AJK penaja bagi menampung penyewaan khemah, audio dan juga jamuan ringan.

Taklimat malam tersebut menjurus kepada peranan KRT untuk masyarakat setempat disamping panduan dan tindakan selanjutnya bagi mendapat pentakrifan dari JPNIN. AJK penaja juga telah ditubuhkan bagi memastikan matlamat yang disasarkan tercapai.

Semangat permuafakatan yang ditunjukkan oleh penduduk yang terlibat sebermula dari pembersihan padang, mendirikan khemah dan menguruskan jamuan dilihat sebagai suatu cetusan kesedaran penduduk setempat bagi merealisasikan suatu pertubuhan yang dapat menjana perpaduan dan sekaligus berperanan sebagai badan mewakili kepentingan dan kebajikan awam Zon Boungainvillaea.


FOTO-FOTO MALAM TAKLIMAT (16 September 2006)


Abang Mahmud,Shuib,Zamarludin, Jasni, Abang Mie, Kadir dan abang Jo membetulkan tiang khemah

Dari Kiri: Amran(Setiausaha Penaja), En Omardi(JPNIN), En Meor Hashim(JPNIN-Kuala Muda/Yan) dan Hamidon(Pengerusi Penaja)

Dari Kiri: Kadir, Shukri, Zamarludin, Abang Jo, Cikgu Saidin dan penduduk setempat sedang mendengar taklimat.
Penduduk dari pelbagai kaum yang hadir

Alhamdullilah...majlis taklimat tersebut telah memberi penjelasan terhadap peranan dan juga halatuju KRT buat masyarakat setempat. Ianya juga merupakan titik tolak gerakerja yang lebih serius kearah penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Zon Bougainvillaea.

"Pucuk pauh delima batu
anak sembilang ditapak tangan
walaupun sibuk masa tak menentu
semangat kejiranan dilupa jangan"

"Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang prangsaka buang sengketa
demi perpaduan kita turutkan".