Tuesday, November 24, 2009

AKTIVITI 11/2009 : MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADHAN 1430H

PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADHAN 1430H
TARIKH : 12 SEPTEMBER 2009(SABTU)
MASA : 10.00 pagi - 8.00 malam
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK-ZON BOUGAINVILLAEA
DENGAN KERJASAMA SURAU AL MUBARAK

FAKTA MAJLIS BERBUKA PUASA 1430H

1. Aktiviti memasak sebermula jam 10.00 pagi dengan diketuai Master Chef-Abang Mail.

2. Hidangan utama:Nasi daging, daging rebus cicah air asam dan dalca..."memang sedap hidangan utama-memang seronok bergotong royong memasak bersama".

3. Hidangan cuma cukup-cukup saja..nampak gaya kena cari bajet lebih untuk tahun depan

4. Eratan silaturrahim ditamsilkan melalui majlis ini dengan mengambil keberkatan Ramadhan Al Mubarak.

5. Sambutan penduduk dari golongan dewasa dan kanak-kanak amat-amat memberansangkan...insyaAllah umur panjang tahun depan..kita buat lagi.


Kari yang beraroma

Nasi daging pembuka selera

Air asam pelbagai warna...

Master Chef- Abang Mail sedang memberi panduan penggunaan sukatan ramuan menggunakan teknik "secubit..dua cubit...cubit-cubit"

Antara yang hadir memenuhi perkarangan Surau Al Mubarak

Jangan berebut adik..kalau tak cukup-balik tambah makan kat rumah..hi..hi..

Thursday, November 19, 2009

AKTIVITI 10/2009 : JAMUAN DAN DOA SELAMAT SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN

PROGRAM : JAMUAN DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN
RAMADHAN AL MUBARAK
TARIKH : 20 OGOS 2009(KHAMIS)
MASA : 4.30petang-7.30malam
TEMPAT : RUMAH NO 565 JALAN BPJ 1/5, BANDAR PUTERI JAYA, SUNGAI PETANI.

FAKTA MAJLIS JAMUAN DAN DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK


1. Perancangan saat-saat akhir dibuat..tapi jaudah yang disediakan macam perancangan dah dibuat seminggu.

2.Mee rebus, maruku, nasi himpit, kek, kuih-muih, kacang dengan minuman 2 jenis dapat disediakan dalam masa sehari..."sepakat membawa berkat...banyak makanan nak makan sampai tak larat"alhamdullilah rezeki yang dikurniakanNYa.
Gigih menyediakan juadah untuk majlis

Gigih menghargai juadah yang disediakan..

Tuesday, November 17, 2009

AKTIVITI 09/2009 :LIGA FUTSAL KRT BPJ 2 2009

PROGRAM : LIGA FUTSAL KRT BPJ 2 2009
TARIKH : 26 JULAI 2009
MASA : 8.30pagi -1.00tengahari
TEMPAT : PADANG BOLASEPAK ZON BOUGAINVILLEA(KRT BPJ 2)

FAKTA LIGA FUTSAL KRT BPJ 2 2009
1. Sebanyak 6 pasukan mengambil bahagian mewakili setiap lorong-Budak Sekolah FC, Seven Street FC, Six Mission FC, Samba FC, Black Tiger FC dan Santan FC.

2.Pasukan Budak Sekolah FC telah membuat keputusan-keputusan upset sehingga membolehkan menang tempat ketiga."Siapa sangka cucur badak dah jadi cucur bingka"

3.Team remaja dibawah panji-panji KRT BPJ 2 akan ditubuhkan sebagai suatu platform kepada golongan berkenaan untuk terlibat dalam aktiviti-aktivti positif.

4.Pasukan Santan FC memenanggi kejohanan dengan mengalahkan Six Mission FC 1-0.

5.Penyokong-penyokong dan penonton berbudi pekerti mulia, bersopan santun..cuma sesekali terkeluar kata-kata teguran dan sindiran manja..(chewahh..).


Pelbagai ragam dapat dilihat macam pertandingan pakaian beragam

Pengerusi KRT BPj 2, Sdr Hamidon Hamid merasmikan kejohanan dengan suatu sepakan "ala-ala servis UNTA"

Sayu je...kalah "game" ka...putuih cinta??

Aisey..menang lagi-macam mana nak buat ni...almari dah penuh dengan "cup"dan pingat

Tuesday, July 28, 2009

AKTIVITI 08/2009 : GOTONG ROYONG PADANG BOLASEPAK(FUTSAL)


PROGRAM : GOTONG ROYONG PADANG BOLASEPAK(FUTSAL)
TARIKH : 19 JULAI 2009(SABTU)
MASA : 5.30petang-7.00malam
TEMPAT : PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA

FAKTA GOTONG ROYONG PADANG BOLASEPAK(FUTSAL)

1. Pelbagai pengalaman masa lalu digunakan bagi memudahkan kerja gotong-royong padang bolasepak.

2. Jiran muda begitu bersemangat...yelah-mereka yang selalunya menggunakan padang tersebut untuk beriadah(Ingat main bola dan senaman-jangan dok cuba hidu-hidu gam!!)

3. Penglibatan muka-muka baru dari penduduk membuka ruang untuk saling mengenal.

4.Kepuasan dan nostalgia terbina dalam diri apabila usaha menyediakan padang bolasepak dapat dinikmati oleh penduduk setempat.

5.Suatu perlawanan tidak rasmi dijalankan sejurus gotong-royong tamat.."lepas gian-lama tak sepak bola"...
Hai..ukur padang di kawasan sendiri ka??


Minyak hitam dicampur dengan racun rumput digunakan untuk membuat garisan padang sambil dipantau oleh mandur tak bertauliah.

Ingat ni jaring bola..jangan pi buat jala ikan pulak!!

Monday, June 29, 2009

AKTIVITI 07/2009 : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK 2009

PROGRAM : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK 2009
TARIKH : 21 JUN 2009
MASA : 5.30petang - 7.00 malam
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK.

FAKTA GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK 2009

1. Jiran usia emas begitu bersemangat menjayakan aktiviti berkenaan.

2. Aktiviti yang dijalankan saban tahun ini begitu memberi makna kepada penduduk yang terlibat.

3. Jamuan roti canai dan juga bubur kacang durian(yang dibawa Saudara Shukri)bersama air soda ais menjadi jamuan ringan yang begitu menyelerakan.

Membersih, menyusun dan mengemaskini agenda gotong royong

Murtabak, bubur kacang durian & air soda ais-hidangan petang menjamu selera..

AKTIVITI 06/2009 : KELAS MINGGUAN AGAMA : TAJWID & FARDHU AIN UNTUK WANITA

PROGRAM : KELAS MINGGUAN AGAMA : TAJWID & FARDHU AIN UNTUK WANITA
TARIKH : 13 JUN 2009

MASA : 3.00petang - sehingga Asar(setiap Sabtu)
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK.

FAKTA KELAS TAJWID & FARDHU AIN UNTUK WANITA

1. Dijalankan atas permintaan-hasil maklumbalas dari jiran wanita. Diadakan setiap sabtu dengan tenaga pengajarnya Ustazah Rahimah bt. Bacah Din.

2. Bertujuan memperkemaskan ilmu Tajwid dan Fardhu Ain dikalangan kaum wanita setempat yang diharap ianya dapat dijadikan panduan berguna untuk diri dan keluarga.

3. Sehingga artikel ini ditulis sambutan terhadap kelas berkenaan semakin menggalakkan.


Tuesday, June 16, 2009

AKTIVITI 05/2009 : PERADUAN MEWARNA SEMPENA CUTI SEKOLAH

PROGRAM : PERADUAN MEWARNA SEMPENA CUTI SEKOLAH
TARIKH : 6 JUN 2009(Sabtu)
MASA :8.00pagi - 12.00tengahari
TEMPAT : TASIK BANDAR PUTERI JAYA.

FAKTA PERADUAN MEWARNA SEMPENA CUTI SEKOLAH

1. Acara dimulakan dengan jamuan sarapan pagi..nasi lemak dan air oren...macam piknik bersama keluarga.

2.Acara dibahagikan kepada 3 kategori. 6 tahun kebawah, 7 ke 9 tahun dan 10 ke 12 tahun. Dibuat di kawasan tasik dan terbuka(open air activtity).

3.Kerjasama penduduk membantu menjayakan acara tanpa mengira kedudukan jawatan dalam KRT dari segi sumbangan tenaga dan pinjaman peralatan amat membanggakan.(Dari Kita Untuk Kita)

4.Si emak dengan aktiviti memberi arahan kepada anak untuk mewarna..si bapa 'kerojenye" bersembang dan main sepakraga bulat(o.klah tu..bersantai,bersukan sebahagian dari platform untuk membina kemesraan).

5.Semua peserta mendapat hadiah penyertaan walaupun tak menang(snack,coklat dan gula-gula kapas...mahu ada yang sakit gigi ni..)

Sessi Fotografi Anak-anak dan bapa-bapa yang hadir ...ibu-ibu tak "join"sebab kenyang lepas pekena nasi lemak

Yang datang bawa baby ada....yang bawa anak dalam perut pun ada(mengandung)-lagi 3 hari nak "due"

Pelbagai aksi gaya bebas. Melukis ka ?Meniarap nak belajar menembak?

Warga paling veteran di KRT BPJ 2, , Cikgu Saidin diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah

Puan Ida(AJK KRT BPJ 2) menyampaikan hadiah..."adik senyumlah, adik menanglah!!"

Hamidon Hamid(Pengerusi KRT BPJ 2) : "Tak pa jangan nangis adik..kalah pun dapat hadiah".

Yeeee..!!!kami menang!!!

Thursday, May 7, 2009

AKTIVITI 04/2009 : MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H(2009)

PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H(2009)
TARIKH : 14 MARCH 2009(Sabtu)
MASA :9.15 - 11.00 malam
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK(Zon Bougainvillaea)
Dengan Kerjasama Surau Al Mubarak.

FAKTA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H(2009)

1. Bahang sambutan dirasai oleh golongan remaja melalui latihan nasyid sebermula seminggu
sebelum acara berlangsung.

2. Gotong royong meliputi persediaan tempat, audio dan juga penyediaan makanan dan
minuman.

3.Pengisian aktiviti berbentuk kerohanian dilihat sebagai suatu wadah yang berkesan dalam menyatupadukan masyarakat dengan bertunjangkan kerjasama dan kesabaran.

4. Majlis ditutup dengan selawat keatas nabi secara beramai-ramai.

5. Pelbagai peringkat golongan umur masyarakat Islam setempat yang hadir.

Juruaudit Banner(Suaid) sedang meneliti kerja-kerja pemasangan

Sessi latihan pra persembahan kumpulan nasyid Putera Al Mubarak..bersemangat

Golongan wanita hadir bersama anak-anak remaja dan kanak-kanak Ustaz Johari Abd. Wahab(penceramah radio Mutiara FM)
Majlis disudahi dengan selawat beramai-ramai keatas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Tuesday, March 10, 2009

AKTIVITI 03/2009 : KELAS KRAFTANGAN(GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN)

PROGRAM : KELAS KRAFTANGAN(GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN)
TARIKH : 14 FEBRUARI 2009(Sabtu)

MASA :5.00 - 6.30 petang
TEMPAT : Rumah Pengerusi Jiran Wanita(Kak Zie)

FAKTA AKTIVITI KELAS KRAFTANGAN(GUBAHAN HANTARAN PERKAHWINAN)

1. Kelas dijalankan dalam skala yang kecil(masaalah tempat aktiviti tertutup yang terhad).


2. Peserta diajar cara membuat bakul hantaran dan juga bekas bunga telur untuk hantaran perkahwinan.

3. Jiran wanita dapat mengeratkan lagi silaturrahim(sambil tangan bergerak membuat kraftangan..mulut berbual pelbagai perkara(harap perkara yang positif saja no..)

4.Ilmu yang dikongsi bersama diharap dapat dimanafaatkan.

5. Kelas ditutup dengan jamuan keropok lekor dan sirap(hmm..)

Gubahan bunga telur berbentuk burung, cantik dipandang-tak boleh terbang

Penat mengubah..keropok lekor dan sirap menanti untuk dijamu selera

Monday, March 9, 2009

AKTIVITI 02/2009 : GOTONG ROYONG ZON BOUGAINVILLAEA

PROGRAM : GOTONG ROYONG ZON BOUGAINVILLAEA(KRT BPJ 2)
TARIKH : 7 FEBRUARI 2009(Sabtu)
MASA : 8.3O pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : ZON BOUGAINVILLAEA(KRT BPJ 2)

FAKTA GOTONG ROYONG ZON BOUGAINVILLAEA(KRT BPJ 2).

1. Dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani dengan penyertaan seramai lebih seratus penduduk KRT BPJ 2.

2. Peserta dibahagi kepada lima kumpulan merujuk kepada lima lorong(1/3, 1/3A, 1/5, 1/6B & 1/7).Ramai muka-muka baru yang turun mengjayakannya sekaligus membuka ruang untuk saling kenal-mangenal.

3. Pelbagai peringkat umur peserta yang meryertainya dari Jiran usia emas hingga ke jiran muda. Jiran wanita menjadi tunggak penyediaan makanan dan minuman.

4. Rumah terbiar bersemak-samun tanpa penjagaan(dikhuatiri menjadi sarang nyamuk/ular dan mencacatkan pandangan mata)telah dibersihkan.

5. Kesan positif dari aktiviti berkenaan ialah : Kesedaran masyarakat sekeliling mengenai kebersihan semakin baik dimana Padang Permainan Zon Bougainvillea tidak lagi dicemari teruk kesan dari pembuangan sampah secara tidak berhemah(KRT BPJ 2 Bolehh!!!...InsyaAllah).

FOTO-FOTO AKTIVITI GOTONG ROYONG KRT BPJ 2

Peserta sedang memilih peralatan masing-masing bagaikan tentera zaman silam memilih senjata..(bukan ke medan perang tapi ke medan perjuangan kebersihan!!)

Perhatian!!! Dua orang diatas lori bukannya pekerja MPSPK tapi AJK KRT BPJ 2 yang dah naik "syeh"(semangat) bergotong royong.

Anak anak siapa ni eh?..Jiran muda harapan ibu bapa, agama, bangsa & tanahair Antara peserta yang sedang menikmati jamuan ringan(badan letih-letih ni..makan-minum lajuuu..)
"YANG BARU MENGENAL MULA MENYAPA
YANG LAMA MENGENAL SEMAKIN MESRA"
Alhamdullilah........

Friday, February 27, 2009

AKTIVITI 01/2009 : KELAS MEMASAK PIZZA & ROTI JOHN

PROGRAM : KELAS MEMASAK PIZZA & ROTI JOHN
(ANJURAN JIRAN WANITA KRT BPJ 2)
TARIKH: 24 JANUARI 2009
MASA : 2.3O petang - 6.30 petang
TEMPAT :SURAU AL MUABARAK(ZON BOUGAINVILLAEA)


FAKTA KELAS MEMASAK PIZZA & ROTI JOHN (ANJURAN JIRAN WANITA KRT BPJ 2)

1. Jiran wanita yang hadir berpuashati dengan ilmu yang diperolehi dan berharap akan diadakan lagi kelas memasak dengan menu yang lain pula(steak atau chicken cop pulak kot??)

2 Ruang kelas yang agak sempit(Al-maklumlah KRT BPJ 2 tidak mempunyai sebarang kemudahan dewan..)menghadkan kehadiran jiran wanita yang lain.

3.Jiran wanita hadir ditemani oleh anak-anak memeriahkan lagi suasana kelas berkenaan.

4.Jamuan ringan disediakan secara gotong royong oleh jiran wanita menjadi acara penutup kelas berkenaan selain dari pizza dan roti john hasil dari kelas masakan.

5. Dengan kebolehan memasak pizza dan roti john sendiri diharap ianya dapat menyumbang kearah penjimatan pebelanjaan isi keluarga KRT BPJ 2(anak minta pizza..tak payahla lagi nak bawa pi ke Pizza Hut)

Guru masakan sedang memberi penerangan gaya ala-ala "Chef Wan" diikuti penuh minat oleh Ida(AJK), Kak Azah(AJK) dan jiran wanita yang lain unas muda dan jiran muda juga tidak ketinggalan menggambil bahagian sebagai pemerhati, peneman dan juga merangkap sebagai tukang rasa hasil masakan.

Hah!! inilah kerupenye pizza yang telah siap dimasak dan juga telah siap untuk dimakannnn....(yummy..yummy..crispy..crispy).

LEMBARAN BARU-SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

LEMBARAN BARU-SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN

Alhamdullilah...setahun setengah berlalu meninggalkan pelbagai rentetan peristiwa.

Sebermulanya pektakrifan Zon Bougainvillaea Bandar Puteri Jaya sebagai Kawasan Rukun Tetangga Bandar Puteri Jaya 2 pada 13 Jun 2007(KRT BPJ 2) pelbagai suka duka telah diharungi .


Namun sekiranya kita ikhlas menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan demi agama, bangsa dan negara : Peristiwa suka akan kita sambut dengan penuh rasa kesyukuran sementara peristiwa duka pula akan kita sambut dengan penuh kasabaran dan ketabahan.

Suka dan duka yang ditempuhi jadikan ia sebagai renungan untuk kita memusahabahkan diri :

"Menilai setiap perkara yang berlaku semestinya punya hikmah yang tersirat, memohon doa kapada Illahi agar jalan yang direntasi hari ini dan esok mendapat redhaNya di dunia dan akhirat"

Kepada semua penduduk KRT BPJ 2, saya sebagai pengerusi mewakili bersama AJK KRT BPJ 2 yang lain ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kesilapan, ketidakupayaan mahupun kelemahan yang telah dilakukan oleh kami disepanjang aktiviti yang telah dijalankan selama ini juga disepanjang perhubungan kita sesama insan.

Sesungguhnya tiada yang sempurna melainkan Allah s.w.t.

"Kearah Memperkasakan Masyarakat Rohani dan Jasmani"

Wassalam.

Hamidon Hamid
Pengerusi KRT BPJ 2