Wednesday, January 27, 2010

AKTIVITI 04/2010 : PENUBUHAN PASUKAN BOLASEPAK REMAJA(JIRAN MUDA)

PROGRAM : PENUBUHAN PASUKAN BOLASEPAK REMAJA(JIRAN MUDA) KRT BPJ 2
TARIKH : 23 JANUARI 2010(SABTU)
MASA : 8.30 pagi-12.30 petang
TEMPAT : PADANG SEKSYEN 3, BANDAR PUTERI JAYA
FAKTA PROGRAM
1.Penubuhan pasukan bolasepak ini ditubuhkan bertujuan menyediakan suatu platform kepada remaja setempat untuk terlibat dengan aktiviti positif secara rutin.
2. Penubuhan ini diraikan dengan suatu perlawanan persahabatan diantara Pasukan Dewasa(pangkat bapa-bapa) menentang Pasukan Remaja(pangkat anak-anak)..

3. Pasukan remaja berjersi kulit(tak pakai baju)disebabkan jersi yang belum siap...sabaq-sikit hari siap la tu..

4.Pasukan Remaja menang dengan gol-gol santai..

5.Pasukan ini disiapkan bagi menghadapi kejohanan bolasepak terbuka bawah 15 tahun sempena perlancaran KRT BPJ 4, di seksyen 2.
Mula-mula berjersi kulit(tanpa baju)
Jersi dah siap..ambil gambar-buat-buat malu...

AKTIVITI 03/2010 : PERUTUSAN TAHUN BARU DARI DATO' KP

PROGRAM : PERJUMPAAN DAN PERUTUSAN TAHUN BARU DARI DATO AZMAN AZMIN HASSAN(KETUA PENGARAH JPNIN)
TARIKH : 22 JANUARI 2010(JUMAAT)
MASA : 2.30-6.00 petang
TEMPAT : AUDIOTORIUM WISMA PERSEKUTUAN, ALOR SETAR KEDAH

FAKTA PROGRAM JPNIN KEDAH
1. Saudara Hamidon(Pengerusi) dan Mustaffa(setiausaha)mewakili KRT BPJ 2.
Antara maklumat dan maklumat dari Dato KP:-
i. KRT telah mencapai usia 35 tahun.
ii. Peruntukan tambahan mungkin diberi bagi kawasan KRT yang aktif
iii. Kabin dengan rekabentuk yang canggih mungkin dikeluarkan untuk tahun ini.
iv. Kursus mediasi komunititi diperkenalkan secara lebih meluas
vi. Memohon maklumbalas masyarakat mengenai permasalahan setempat kepada kerajaan.

2.Majlis disudahi dengan jamuan ringan.

Sewaktu melangkah kaki ke tempat meletak kereta bertemu Abang Rozai dan Abang Zul yang mewakili KRT BPJ 1....sampai kerumah di kala waktu Maghrib menjelang.
Dato' Azman Azmin Hassan, Pengarah JPNIN Malaysia sedang menyampaikan perutusan dan amanat 2010

Antara wakil KRT seluruh negeri Kedah yang hadir pada hari itu..

Thursday, January 14, 2010

AKTIVITI 02/2010 : GOTONG ROYONG PADAN G PERMAINAN

PROGRAM : GOTONG ROYONG MEMBERSIH PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA
TARIKH : 16 JANUARI 2010(SABTU)
MASA : 5.30 - 7.30petang
TEMPAT : PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA

FAKTA GOTONG ROYONG MEMBERSIH PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA

1. Sampah yang disemakkan di padang permainan oleh sesetengah penduduk begitu menyakitkan pandangan mata.

2. Inisiatif telah dijalankan oleh Saudara Fauzi(AJK KRT BPJ 2) bagi menyelesaikan masalah berkenaan dengan mengambil langkah-langkah pro aktif iaitu:- "Gotong Royong diadakan Dengan Segera"!!!

3.Maklumbalas dari penduduk mengenai masalah berbangkit menunjukkan sikap yang prihatin...namun bagi menyelesaikan masalah berkenaan secara segera terhalang disebabkan faktor masa dan tuntutan kerja yang menjadi kekangan.

4.Terimakasih kepada penduduk yang turun menyinsing lengan sambil menahan bau bagi memastikan agenda kebersihan setempat terlaksana.


Fizikal membersih sdampah...Pancaindera menahan bau busuk:"TOLONG JAGA KEBERSIHAN HALAMAN MENGHIJAU DI ZON KITA"


Syabas adik-adik yang sama-sama menjayakan gotong royong.."yang dok buat semak kat padang tak malu ka dengan adik-adik ni???"

KRT BPJ 2 BOLEH!!: DI SINI TERTEGAKNYA SEBUAH MERCUTANDA..


DISINI TERTEGAKNYA SEBUAH MERCU TANDA..KRT BPJ 2 BOLEH!!

1. 4 Januari 2010..3.30 petang, telah menyaksikan tertegaknya papantanda penistiharan KRT BPJ 2 dihadapan jalan masuk utama Bandar Puteri Jaya.

2. Saudara Hamidon, Mat Ramlee, Mohd Yusoff dan Ishak yang berada dikawasan berkenaan telah sama-sama berbincang mengenai kedudukan yang strategik papantanda berkenaan.

3.Mercutanda ini sebagai lambang perpaduan dan permuafakatan penduduk KRT BPJ 2 ke arah :-

"Memperkasakan Masyarakat-Rohani & Jasmani"

Dipersembahkan..jeng..jeng..jeng.."KRT BPJ 2"

Proses menentukan kedudukan papantanda..supaya mudah dilihat-mudah dibaca..

Pastikan tak tersungkur dipukul ribut..tak melayang dipukul taufan..

AKTIVITI 01/2010 : MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN KRT BPJ 2

PROGRAM : MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN KRT BPJ 2
TARIKH : 1 JANUARI 2010(JUMAAT)
MASA : 9.30 malam
TEMPAT : CHEF RESTAURANT, PERMATANG PASIR(JALAN KE PANTAI MERDEKA)
SUNGAI PETANI KEDAH.

FAKTA MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN KRT BPJ 2

1. Berpanas, berembun bagi memastikan aktiviti berjaya...bermesyuarat merancang diwaktu hujan lebat malam mengundang dimana sesetengah penduduk telah lena diulit mimpi- bukannya harga yang boleh dibayar dengan hanya suatu hidangan makan malam.

2.Hanya ini yang termampu dapat disediakan sebagai penghargaan kepada sukarelawan-sukarelawan KRT BPJ 2. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas usaha-usaha murni saudara-saudara.

3. Hidangan steamboat yang disediakan sebagai menu utama adalah bagi mengeratkan lagi semangat bekerjasama dan bertolak ansur diantara satu sama lain. fuhh..berasap..

4. Sambil berkumpul di majlis makan malam secara kasual dan santai..banyak idea dan pandangan dilontarkan secara spontan.

5. Semangat membara bagi menjayakan agenda 2010 jelas terbayang diriak wajah AJK KRT BPJ 2. InsyaAllah kita maju ke depan..

Makan steamboat umpama makan setalam-mewujudkan semangat kekitaan

En. Omardi(JPNIN) & Sdr Hamidon(Pengerusi KRT BPJ 2)sedang
makan dan berbincang..rancangan kedepan.

Barisan AJK KRT BPJ 2 bagi Sessi 2009-2010..Penjana aktiviti setempat-Pengerak kearah mengapai matlamat.

AKTIVITI 14/2009 : KARNIVAL PERPADUAN PERINGKAT NEGERI KEDAH

PROGRAM : KARNIVAL PERPADUAN PERINGKAT NEGERI KEDAH
TARIKH : 22 NOVEMBER 2010(AHAD)
MASA : 8.00pagi - 1.00petang

TEMPAT : PADANG HICOM-HONDA SUNGAI PETANI

FAKTA KARNIVAL PERPADUAN PERINGKAT NEGERI KEDAH

1. Alhamdullilah, KRT BPJ 2 telah dinobatkan sebagai KRT Cemerlang peringkat Kuala Muda/Yan dan diantara 6 KRT cemerlang seluruh negeri Kedah bagi sepanjang tahun 2009.

2. Sesungguhnya aktiviti dan program yang KRT BPJ 2 jalankan selama ini bukanlah bertujuan untuk mengejar sesuatu penganugerahan mahupun dengan niat untuk bertanding tapi ianya adalah lebih merupakan gerakerja yang lahir dari rasa tanggungjawab, keinginan dan harapan agar terbentuknya sebuah masyarakat setempat yang berdaya saing yang hidup dengan aman harmoni
dengan bertunjangkan nilai-nilai murni dan kasih sayang.

3.Anugerah sebagai KRT cemerlang dari JPNIN diterima dengan ucapan terimakasih yang tidak terhingga dari KRT BPJ 2 sebagai suatu lambang penghargaan dan penghormatan dari pihak jabatan di atas inisiatif seluruh warga KRT BPJ 2 dalam menjayakan agenda perpaduan kearah menglahirkan integrasi nasional.

"Kesabaran dapat digapai dalam kerja-kerja kesukarelaan apabila minat dan ikhlas hati melakukannya berjalan seiringan" KRT BPJ 2 BOLEH!!..INSYAALLAH..



Kontigen SRS, Pegawai-pegawai JPNIN mengiringgi Pengarah JPNIN Malaysia Ybhgia. Dato Amin Azman Hassan dan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, Tuan Hj. Hashim Yob ke pentas utama


Pengerusi KRT BPJ 2. Sdr. Hamidon Hamid menerima Anugerah Cemerlang KRT Peringkat Negeri Kedah bagi pihak KRT BPJ 2 dari Pengarah JPNIN Malaysia Ybhgia Dato Azman Amin Hassan.



Ybhgia Dato Azman dan Tuan Hj Hashim Yon sedang beramah mesra dengan urusetia karnival

Yusof, Kadir, Hamidon dan Zamarludin yang mewakili KRT BPJ 2 hadir ke Karnival Perpaduan Peringkat Negeri Kedah...errr tak ketinggalan jurufoto yang mengambil foto ini..Sdr Zaini..hi..hi.

Tuesday, January 12, 2010

AKTIVITI 13/2009 : RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 2009

PROGRAM : MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 2009
TARIKH : 17 OKTOBER 2010
MASA : 3.00 - 6.00 petang
TEMPAT : TAMAN PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA

FAKTA MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 2009

1. 3 khemah didirikan. Menu disediakan oleh Lorong 1/3 : laksa dan rojak
lorong 1/3A : minuman, lorong 1/5A: ketupat rendang dan lorong 1/6B:nasi himpit kuah
kacang. Kesemua lorong datang mebawa sumbangan kuih raya untuk dinikmati bersama.


2. Sebagaiman tahun lalu, aktiviti persiapan sudah bermula semenjak awal pagi - dari persediaan tempat sehingga kepada pemasangan audio.

3.Sambutan meriah dengan kehadiran penduduk pelbagai kaum disamping celoteh dari DJ Bidan Terjun FM - Saudara Jazni Majid.

4.Jiran wanita menjadi tulang belakang penghidang jamuan..."orang lain dok pulun makan..depa dok kena pulun hidang"...InsyaAllah hanya Allah yang mampu membalas penat lelah puan-puan dan cik-cik..

5.Kemesraan dapat disaksikan diantara penduduk melalui interaksi yang bersifat santai..sambil makan rojak-kita berborak..sambil makan laksa-kita bergurau senda...kita pekena minuman-kita rapatkan perpaduan.



Saudara Teh merelakan sambungan elektrik dibuat dari rumahnya demi menjayakan majlis berkenaan.."lain kali kalau ada apa-apa..boleh tarik sini-"free of charge"
En Omardi sedang menyampaikan selamat hari raya dan juga perutusan dari JPNIN

Puan Azah dan Puan Ida(AJK KRT BPJ 2) sedang sibuk melayan tetamu yang hadir..penat-tapi sempat lagi senyum..

Antara yang hadir..termasuk para ibu bapa, anak-anak dan bayi-bayi(ala kuchii..kuchii)


Makan-minum-berbual mesra-bersantai adalahobjektif dan intipati majlis yang mensasarkan pengukuhan silaturrahim kearah penyatuan perpaduan yang lebih jitu.

Monday, January 11, 2010

AKTIVITI 12/2009 : MAJLIS KESYUKURAN AIDILFITRI 1430H

PROGRAM : MAJLIS KESYUKURAN AIDILFITRI 1430H
TARIKH : 3 OKTOBER 2009(SABTU)
MASA : 5.00petang - 10.00 malam
TEMPAT : PERKARANGAN RUMAH 395, JALAN BPJ 1/3,
BANDAR PUTERI JAYA

FAKTA MAJLIS KESYUKURAN AIDILFITRI 1430H

1. Saudara Kamil(1/3)mengambil inisiatif merancang, membuat panggilan, memasak, membeli barangan di pasar, memotong rojak..dan pelbagai "me" lagi sambil dibantu rakan-rakan lain sekadar apa yang mampu sementara sebahagian lagi membantu untuk makan dan minum..hi..hi..

2.Sambutan amat menggalakkan walaupun dalam hujan lebat yang mengcengkam... (mungkin lagi sejuk..lagi lapar..)

3.Menu:bihun sup(best..),rojak buah, laksa, kuih-muih, buah-buahan dan macam-macam lagi..alhamdullilah atas rezeki kurniaaNya.

4.Bila ada kehendak disitu ada kejayaan..bila ada kesedaran disitu ada permuafakatan...bila ada permuafakatan disitu terbina perpaduan...


Saudara Riduan sedang "menoropong" kuah bihun sup(takut-takut tak cukup kot?)

Zafri dan Zahari Terpaksa? dipaksa ?......tak!!!mereka dengan sukarela menghulurkan tanganuntuk membasuh periuk, mangkuk dan pinggan dengan gumbiranya..