Friday, March 26, 2010

AKTIVITI 07/2010 : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK 2009 - 1

PROGRAM : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK 2010
TARIKH : 21 MARCH 2010
MASA : 5.30 - 7.15 petang
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK, ZON BOUGAINVILLAEA

FAKTA :

1. Gotong royong yang bagaikan legasi aktiviti tahunan- sederhana sambutannya tapi membawa makna yang mendalam kepada yang menyertainya.

2. Surau Al Mubarak yang berfungsi sebagai pusat komuniti penduduk Islam KRT BPJ 2 selain fungsi utama sebagai tempat menunaikan solat secara berjemaah.

3. Jamuan ringan berupa laksa hasil air tangan Abang Mail begitu mendapat sambutan peserta yang terlibat disamping kanak-kanak dan kaum wanita berdekatan...(jadi macam kenduri pulak..)

4. Walaupun melibatkan tenaga kerja kaum lelaki dewasa namun kehangatan ikatan ukhwah dapat dirasakan oleh kanak-kanak dan juga jiran wanita melalui jamuan ringan yang diadakan.



Halaman hadapan dibasuh dan dicuci..
Kanak-kanak yang tidak membantu juga sibuk menghadirkan diri(sebagai memeriahkan aktiviti-melihat bapa-bapa mereka bergotong-royong)

Disamping menikmati jamuan kenduri(Alhamdullilah kurniaan-rezeki..)
Wani, Hazirah,Ikram, Yeni dan Naufal..

AKTIVITI 06/2010 : PERBINCANGAN PAKATAN KHEMAH

PROGRAM : PERBINCANGAN PAKATAN KHEMAH
TARIKH : 6 FEBRUARI 2010
MASA : 9.00 - 11.00 malam
TEMPAT : TADIKA KID'S HOME, ZON BOUGAINVILLAEA

Fakta :

1. Perancangan penduduk yang ingin mendapatkan khemah melalui pakatan dengan membuat punggutan wang secara bulanan-disokong penuh oleh KRT BPJ 2

2. Idea dan cadangan Sdr. Fauzi telah menyaksikan AJK Penaja Pengelola telah dilantik dengan Abang Mail bertindak sebagai Pengerusi.

3. Disasarkan melalui kutipan yang dibuat selama 6 bulan sebanyak RM 10 sebulan akan membolehkan sebuah khemah diperolehi.

4. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan hasrat bagi mendapatkan khemah secara pakatan demi memudahkan urusan keramaian setempat akan mencapai objektifnya.Aminn...

Antara yang hadir pada malam itu-"Sepakat Membawa Berkat"
Pak Su dengan penuh aksi - mengisi buku kehadiran..

AKTIVITI 05/2010 : MENYERTAI ACARA PERLANCARAN KRT BPJ 2

PROGRAM : PERLANCARAN KAWASAN RUKUN TETANGGA BANDAR PUTERI JAYA 4
TARIKH : 30 JANUARI 2010
MASA : 8.30 pagi - 6.30 petang
TEMPAT : PADANG SEKSYEN 2 BANDAR PUTERI JAYA

FAKTA PROGRAM PERLANCARAN KRT BPJ 4

1.KRT BPJ 2 telah menyertai dua acara iaitu acara tarik tarik(HEAVY MACHINE) dan Bolasepak Bawah 15 tahun.

2.Makan pagi diadakan di perkarangan Surau Al Mubarak, sebelum semua AJK, kontingen dan penduduk bergerak ke tapak perlancaran secara berkonvoi.

3. Pasukan tarik tali mendapat tempat ketiga sementara bolasepak bawah 15 tahun mendapat tempat naib johan.

4. Pasukan tarik tarik yang digeruni dengan nama Heavy Machine telah kehabisan bateri bila masuk pusingan kedua...namun begitu..'berpantang balik sebelum kalah"!!!

5.Ucapan terima kasih buat semua yang memberi komitmen dan kerjasama bagi membentuk pasukan tarik tali dan bolasepak bawah 15 tahun KRT BPJ 2 yang telah memberi gambaran betapa kesepakatan bisa dicapai melalui kesefahaman dan kemuafakatan.

Heavy Machine beraksi sebelum kehabisan bateri..

Sdr. Nordin sedang memberi semangat bagi Meng"charge"kan bateri Heavy Machine..(Sdr Fauzi khusyuk mendengar sehingga tertidur..)

Kalah dengan keputusan balingan duit siling amat mengecewakan Pasukan Bolasepak Remaja Acara hari itu ditutup dengan jamuan makan petang untuk Pasukan Bolasepak Remaja