Thursday, November 25, 2010

AKTIVITI 13/2010 : MAJLIS BERBUKA PUASA

PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA KRT BPJ 2 2010 (1431H)
TARIKH : 4 SEPTEMBER 2010
MASA : 3.00 PETANG - 8.30 MALA

TEMPAT : SURAU AL MUBARAK

FAKTA

1. Menu utama : Nasi bukhara, sup & gulai daging, daging cicah air asam dan kuih-muih diterajui utama : Chef Ismail(abang mail).

2.Setiap tahun..InsyaAllah KRT BPJ 2 akan berusaha mengadakan majlis berbuka puasa di Zon kita....'orang member kita merasa-"kita memasak-kita jugak yang merasa"..Alhamdullilah...

3.Terimakasih pada yang menggambil bahagian memasak dan yang menjayakan aktiviti ini...

Master Chef : Abang Mail sedang merumuskan formula ramuan masakan..dibantu Abang Zul mengecilkan kepingan daging untuk memperbanyakkan cebisan..

Sup Daging

Gulai daging

Daging cicah air asam

AKTIVITI 12/2010 : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK

PROGRAM : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK
TARIKH : 8 OGOS 2010
MASA : 5.30 - 7.00 MALAM
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK

FAKTA PROGRAM
1. Gotong royong dijalankan sempena datangnya Ramadhan
2. Kemesraan dan ukhwah terbayang diwajah-wajah yang menggambil bahagian
- Ya Ramadhan Al-Mubarak...datangmu pembawa rahmat...ketibaanmu menyusun silaturrahim yang erat...-
"semoga kita ditemukan lagi di tahun hadapan..Ya Ramadhan.."InsyaAllah....

AKTIVITI 11/2010 : MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK

PROGRAM : MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK
TARIKH : 6 OGOS 2010
MASA : 5.30 PETANG - 11.00 MALAM
TEMPAT : SEBAHAGIAN JALAN BPJ 1/5
FAKTA MAJLIS
1. Sebermula dari pagi-persiapan telah dibuat oleh jiran-jiran wanita...(al maklumlah banyak juadah yang nak disediakan)
2. Bihun sup dijadikan sebagai kepala hidangan...kuih-muih pelbagai-berbilang-bilang-alhamdullilah semuanya sedap...
3.Sebahagian Jalan BPJ 1/5 dibarisi kaum lelaki, jiran wanita, kanak-kanak malah 'baby" pun ada-menjamu hidangan...InsyaAllah tahun depan kita buat lagi..
"Di negara kita kadangkala-sampai tak tau yang mana satu nak makan...di sesetengah negara pula-sampai tak ada apa nak makan"..insaflah...bersyukurlah kita...
sebahagian Jalan BPJ 1/5 bertukar menjadi halaman menjamu selera
Irfan, Akhbar, Faiz dan Amirul - seronok menjamu selera..Alhamdullilah
Aisya Humaira, Aisyah Hazirah, Ikram, Wani....
Zul, Yusof, Hafizi, Suhaimi dan Shukri..Warga Lorong 1/5

Wednesday, November 24, 2010

AKTIVITI 10/2010 : SUMBANGAN SUMBER KEWANGAN UNTUK PAKATAN KHEMAH PENDUDUK

PROGRAM : SUMBANGAN SUMBER KEWANGAN UNTUK PAKATAN KHEMAH PENDUDUK
TARIKH : 4 JULAI 2010
MASA : 6.00 PETANG
TEMPAT : BERHADAPAN SURAU AL MUBARAK
1.Sokongan kuat yang diberikan oleh KRT BPJ 2 dalam merealisasikan hasrat pakatan penduduk bagi memiliki khemah dan peralatan kenduri akhirnya terlaksana dengan pembelian sebuah khemah, 10 meja, 40 kerusi, kipas dan juga 'tray' makanan.

2.Dengan memiliki peralatan berkenaan ianya dapat mengurangkan kos penyewaan apabila sesuatu majlis keramaian ingin dilangsungkan.

3. Tahniah!! pada Saudara Fauzi, Abang Mail, Abang Mie dan AJK-AJK yang lain atas daya usaha saudara-saudara semua...Zon Kita-dari kita untuk kita...



khemah dalam proses pemasangan
Alhamdullilah...tercapai juga hasrat mewujudkan khemah pakatan penduduk di KRT BPJ 2-Tahniah yang terlibat