TARIKH : 21 MARCH 2010
MASA : 5.30 - 7.15 petang
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK, ZON BOUGAINVILLAEA
FAKTA :
1. Gotong royong yang bagaikan legasi aktiviti tahunan- sederhana sambutannya tapi membawa makna yang mendalam kepada yang menyertainya.
2. Surau Al Mubarak yang berfungsi sebagai pusat komuniti penduduk Islam KRT BPJ 2 selain fungsi utama sebagai tempat menunaikan solat secara berjemaah.
3. Jamuan ringan berupa laksa hasil air tangan Abang Mail begitu mendapat sambutan peserta yang terlibat disamping kanak-kanak dan kaum wanita berdekatan...(jadi macam kenduri pulak..)
4. Walaupun melibatkan tenaga kerja kaum lelaki dewasa namun kehangatan ikatan ukhwah dapat dirasakan oleh kanak-kanak dan juga jiran wanita melalui jamuan ringan yang diadakan.
Halaman hadapan dibasuh dan dicuci..
Kanak-kanak yang tidak membantu juga sibuk menghadirkan diri(sebagai memeriahkan aktiviti-melihat bapa-bapa mereka bergotong-royong)
Disamping menikmati jamuan kenduri(Alhamdullilah kurniaan-rezeki..)
Disamping menikmati jamuan kenduri(Alhamdullilah kurniaan-rezeki..)
Wani, Hazirah,Ikram, Yeni dan Naufal..