Wednesday, June 30, 2010

AKTIVITI 09/2010 : LIGA FUTSAL KRT BPJ 2 2010

PROGRAM : LIGA FUTSAL KRT BPJ 2 2010
TARIKH : 5 JUN 2010
MASA : 8.30pagi - 1.00tengahari
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL PADANG TEMUSU

FAKTA

1. Tarikh yang dipilih yang jatuh pada waktu cuti sekolah menyaksikan beberapa pasukan telah sibuk menghadiri kenduri kahwin(pengajarannya..lain kali tak boleh pilih waktu cuti sekolah).

2. 4 pasukan yang bertanding dengan menggambil nama-nama glamour Pasukan Piala Dunia :
England(1/3A), Italy(1/5), Portugal(1/6B) dan Holland(Team Budak Sekolah)

3. Pasukan England(1/3A) telah muncul Johan, ini bermakna Piala Pusingan masih kekal di 1/3A bagi kali kedua berturut-turut.

4. Naib Johan, Holland(terdiri dari remaja), Ketiga, Portugal(1/6B) dan Italy yang merangkap 1/5 mengulangai pencapaian terdahulu-3 tahun berturut-turut ditempat tercurutt..(menang kalah bukan ukuran-penyertaan dan penglibatan yang penting..Bravo 1/5!!)

5. Selepas acara penyampaian hadiah selesai..kebanyakan pemain dan penyokong tergesa-gesa meninggalkan gelanggang menuju ke.....Majlis Perkahwinan!!!

Menganalisa permainan lawan..sampai mengantuk
Jurulatih-jurulatih tak rasmi yang tak letih-letih memberi arahan kepada pemain
Rileks la Mie..tunggu Fadli kalung pingat dulu baru posing!!terjerut nanti..
Kemenangan ini bukannya kemenangan yang sebenar-benarnya...(Syabas 1/3A)

Inilah kemenangan yang hakiki-bilamana salam dihulurkan dan sillaturahim dipaterikan..

Tuesday, June 8, 2010

AKTIVITI 08/2010 : MAJLIS PERBINCANGAN ISU KESELAMATAN MASALAH SOSIAL SETEMPAT

PROGRAM : MAJLIS PERBINCANGAN ISU KESELAMATAN DAN MASALAH SOSIAL
SETEMPAT
TARIKH : 22 MEI 2010
MASA : 9.00 - 11.00 malam
TEMPAT : PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLEA

FAKTA PROGRAM :
1. Objektif bagi memberi penerangan dan maklumbalas mengenai isu keselamatan dan sosial setempat.

2. Kesibukan kerja dan kurangnya rasa kebertanggungjawaban terhadap isu berkenaan dikenalpasti sebagai faktor utama penghalang kepada perancangan yang lebih serius.

3. Tindakan secara bersepadu yang sediada digunapakai sebagai modus operandi
mengatasi permasalahan keselamatan dan sosial setempat.

4. Majlis dimulakan dengan tayangan video aktiviti KRT BPJ 2-2007, 2008 dan 2009.

5. Majlis ditutup dengan jamuan ringan-Nasi lemak(malam-malam..ringanka?)Oren dan teh panasss.

..

Abang Mahmud selaku Ketua Biro Keselamatan memberi taklimat secara sepintas lalu
Golongan warga emas, remaja dan kanak-kanak yang hadir

Barisan AJK KRT BPJ 2 dan Biro Keselamatan yang dilantik

Sdr. Nordin dan Fauzi "beraksi" sibuk mengedar nasi lemak kepada hadirin
(bila bekerjasama..semua jadi mudah.."wonderpets!!!")