Friday, March 26, 2010

AKTIVITI 05/2010 : MENYERTAI ACARA PERLANCARAN KRT BPJ 2

PROGRAM : PERLANCARAN KAWASAN RUKUN TETANGGA BANDAR PUTERI JAYA 4
TARIKH : 30 JANUARI 2010
MASA : 8.30 pagi - 6.30 petang
TEMPAT : PADANG SEKSYEN 2 BANDAR PUTERI JAYA

FAKTA PROGRAM PERLANCARAN KRT BPJ 4

1.KRT BPJ 2 telah menyertai dua acara iaitu acara tarik tarik(HEAVY MACHINE) dan Bolasepak Bawah 15 tahun.

2.Makan pagi diadakan di perkarangan Surau Al Mubarak, sebelum semua AJK, kontingen dan penduduk bergerak ke tapak perlancaran secara berkonvoi.

3. Pasukan tarik tali mendapat tempat ketiga sementara bolasepak bawah 15 tahun mendapat tempat naib johan.

4. Pasukan tarik tarik yang digeruni dengan nama Heavy Machine telah kehabisan bateri bila masuk pusingan kedua...namun begitu..'berpantang balik sebelum kalah"!!!

5.Ucapan terima kasih buat semua yang memberi komitmen dan kerjasama bagi membentuk pasukan tarik tali dan bolasepak bawah 15 tahun KRT BPJ 2 yang telah memberi gambaran betapa kesepakatan bisa dicapai melalui kesefahaman dan kemuafakatan.

Heavy Machine beraksi sebelum kehabisan bateri..

Sdr. Nordin sedang memberi semangat bagi Meng"charge"kan bateri Heavy Machine..(Sdr Fauzi khusyuk mendengar sehingga tertidur..)

Kalah dengan keputusan balingan duit siling amat mengecewakan Pasukan Bolasepak Remaja Acara hari itu ditutup dengan jamuan makan petang untuk Pasukan Bolasepak Remaja

No comments: