Tuesday, December 2, 2008

PROGRAM : KURSUS ASAS RUKUN TETANGGA BAGI PENTAKRIFAN TAHUN 2007-2008

PROGRAM : KURSUS ASAS RUKUN TETANGGA
TARIKH : 26 - 27 NOVEMBER 2008
MASA : HARI 1 : 2.30 petang - 10.30 malam
HARI 2 : 8.30 pagi - 5.00 petang
TEMPAT : PUSAT REKREASI AIR PANAS LEGONG, BALING, KEDAH
(Dirasmikan oleh : En. Yunus Mansur, Pengarah JPNIN Kedah)

FAKTA MAJLIS KURSUS ASAS RUKUN TETANGGA

1. Dihadiri oleh Hamidon, Mutaffa, Suaid, Radziah(kak Zie) dan Ida atas arahan JPNIN bagi memberi pengetahuan asas tatakerja pengurusan bagi menyelenggara Kawasan Rukun Tetangga.

2. Jadual kursus agak padat, namun begitu sempat juga berendam dalam kolam air panas yang sedikit sebanyak dapat meredakan ketegangan tubuh dan minda.

3. Dapat berkongsi pengalaman dengan peserta lain tentang KRT masing-masing.

4. Kena jadi budak asrama sekejap(tidur dalam dormitari dan katil dua tingkat).

5. Walau bagaimana pun-gracias buat JPNIN Kuala Muda/Yan-Baling/Sik atas daya usaha anda semua menyediakan kursus berkenaan.

Cikgu Mustaffa tersenyum bersemangat nak ikuti kursus, Suaid termenung mengenangkan anak kat rumah...
Ida dan Kak Zie seronok ikuti Kursus Asas Rukun Tetangga-"lepaih ni kito buek kursus asas rumohtanggo pulak"
Suasana malam yang dingin dihangatkan dengan kolam air panas."Release tension" sikit

Monday, October 20, 2008

AKTIVITI 06/2008 : MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 2008

PROGRAM : MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 - 2008
TARIKH: 18 OKTOBER 2008
MASA : 3.3O petang - 5.30 petang
TEMPAT :TAMAN PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA
(Bersempena Perayaan Aidilfitri & Deepavali)

FAKTA MAJLIS RUMAH TERBUKA KRT BPJ 2 - 2008

1. Majlis yang dirancang sederhana tapi meriah. Menu utama mee, bihun, ketupat rendang ayam/daging dan nasi himpit. Kek dan kuih-muih lain disumbangkan penduduk setempat.

2. Upacara penyampaian hadiah Liga Futsal KRT BPJ 2 juga telah dilangsungkan oleh Penyelia KRT BPJ 2, En. Omardi Ismail(JPNIN).

3. Tayangan klip video Liga Futsal KRT BPJ 2 dan Pilihan Video aktiviti KRT BPJ 2 2007 - 2008 diadakan sebagai santapan mata.

Jiran wanita 1/5 sibuk menyediakan juadah rendang dan ketupat
(jangan buat kerja sambil mengumpat sudahlah)
persiapan tempat acara: ukur betul-betul, nak buat cadar meja tau bukan baju raya!!
Reduan, Ramlee(Lie Bomba) & Sabri sedang sibuk melayan tetamu(sambil "control" "hensem")

"Pandu kereta biar perlahan
elakkan diri dari terjahan
makan dan minum bukan keutamaan
menjalin kemesraan agenda tujuan"

"Jauhkan bermusuh bersengketa jangan
usah dibiarkan teraju terbiar melayang
Keinsafan-kesyukuran tanda kemenangan
rapatkan ukhwah saratkan kasih sayang"
"Bersama Memperkasakan Masyarakat - Rohani & Jasmani"

Wednesday, October 15, 2008

AKTIVITI 05/2008 : MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU AL MUBARAK

PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU AL MUBARAK
TARIKH: 20 SEPTEMBER 2008
MASA : 6.OO petang - 8.00 malam
TEMPAT :SURAU AL MUBARAK
(Dengan kerjasama AJK Surau Al-Mubarak)

FAKTA MAJLIS BERBUKA PUASA

1. Makanan-Nasi daging, kurma, kuih muih dan air jagung/mentimun cina.

2. Dihadiri oleh kaum lelaki dewasa dan kanak-kanak.

3. Kuih-muih yang berlebihan dibawa ke moreh.

4. Kerjasama menguruskan majlis berkenaan walaupun kecil tapi sedikit sebanyak ianya telah menglahirkan rasa ukhwah sesama penduduk Islam KRT BPJ 2.

Bawa anak sekali berbuka puasa

Abang Zul, Abang Jo & Abang Napiah tengah dok pekena nasi daging.

Tuesday, October 14, 2008

AKTIVITI 04/2008 : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK

PROGRAM : GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK
TARIKH: 22 JUN 2008
MASA : 5.OO petang - 7.00 malam
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK
(Dengan kerjasama AJK Surau Al-Mubarak)

FAKTA GOTONG ROYONG SURAU AL MUBARAK

1. Surau Al Mubarak terletak di premis kediaman yang disewa oleh penduduk Islam KRT BPJ 2.

2. Ianya sedikit sebanyak memain peranan sebagai institusi keagamaan kepada penduduk Islam setempat dalam menjana nilai-nilai kerohanian.

3. Gotong royong dihadiri oleh golongan dewasa dan kanak-kanak.

4. Sedikit jamuan ringan -roti canai dan kopi panas kaw menutup tirai aktiviti berkenaan.

Gotong royong dah selesai, kini tiba masanya menyelesaikan roti canai dan kopi o kaw...kanak-kanak yang paling bersemangat untuk menggambil bahagian

Wednesday, September 10, 2008

AKTIVITI 03/2008 : LIGA FUTSAL KRT BPJ 2

PROGRAM : LIGA FUTSAL KRT BPJ 2
TARIKH : 7 JUN 2008
MASA : 10.00 pagi - 1.00 Tengahari
TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL PADANG TEMUSU
(Dirasmikan oleh En. Omardi Ismail, Penyelia KRT BPJ 2 )


FAKTA LIGA FUTSAL KRT BPJ 2

1. Disertai oleh 5 pasukan(1 pasukan tidak hadir) terdiri dari Pasukan Old Stock(Jalan 1/3), Santan(Jalan 1/3A), Black Tigers(Jalan 1/5), Lock Luck(Jalan 1/6B) dan Lock(Jalan 1/6B).

2. Penyertaan percuma. Sokongan dari ahli keluarga peserta disamping penduduk KRT BPJ 2 yang sama-sama turun ke gelanggang telah memeriahkan lagi kejohanan berkenaan.

3. Pelbagai aksi dan ragam dapat disaksikan..tendangan ala Beckham, kelincahan ala Ronaldihno dan tak tidak ketinggalan juga yang terlentang keletihan ala-ala nak pitam!!

4. Kejohanan telah dimenangi oleh pasukan Lock yang dibarisi oleh Ramlee, Sabri, Yusof, Paksu, Mohamad dan Mokhzani-1/6B.

5. Alhamdullilah, sedikit sebanyak objektif bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara penduduk KRT BPJ 2 melalui sukan tercapai.

6. Pada 6 September 2008, foto peserta yang menggambil bahagian telah disiarkan di akhbar Harian Metro dalam segmen Arena.

Lima pasukan menggambil bahagian

Diantara pemain, penyokong, pawang dan bomoh yang hadir pada hari kejohanan

No.7 Mokhzani, Sabri, Pak Kob, Ramlee(Lee Bom), Mat dan Paksu dari Team Lock yang memenangi kejohanan berkenaan dengan penuh gaya dan tipu daya..

MAJLIS JASAMU DIKENANG

PROGRAM : MAJLIS JASAMU DIKENANG
TARIKH : 19 MEI 2008
MASA : 8.00 - 10.30 malam
TEMPAT : EMERALD HOTEL, SUNGAI PETANI
(Sempena persaraan En. Meor Hashim Meor Hassan Pegawai JPNIN Kuala Muda/Yan)

FAKTA MAJLIS JASAMU DIKENANG

1. Jemputan terhad kepada AJK KRT BPJ 2 dari JPNIN. Yang hadir ialah Hamidon(Pengerusi), Suaid(Timbalan Pengerusi), Mustaffa(setiausaha) dan AJK terdiri dari Ramlee, Sabri, Zaini, Farid, Ariffin, Abang Mahmud dan Jazni(jemputan disaat akhir disebabkan Kadir dan Ridwan tak dapat memenuhi undangan di saat akhir)

2. Majlis meriah dengan nyanyian karoeke dari warga-warga emas KRT lain dari pelbagai kaum(ada warga emas kaum cina menyanyi lagu cinta bahasa Malaysia)

3. En. Omardi mempamerkan bakatnya menyanyikan lagu "kemana kubawa hati yang rindu"(Peminat Jamal Abdillah rupanya..)

4. Era persaraan En. Moer akan dihabiskan di kampung halaman beliau di Batu Gajah, Perak.

"Selamat Bersara En. Meor semoga berbahagia disamping keluarga dan sentiasa berada dibawah limpah rahmat dari Allah s.w.t. hendaknya dan terimakasih diatas bantuan dan juga panduan yang diberikan kepada KRT BPJ 2 selama ini"

Masih teringat sewaktu pertama kali bertemu En. Meor pada malam taklimat KRT di Zon Bougainvillaea..betapa pantas masa berlalu.
Kiri: Zaini, Jazni, Arrifin, Suaid dan Mustaffa antara yang hadir mewakili KRT BPJ 2





MAJLIS ANUGERAH KRT CEMERLANG

PROGRAM : MAJLIS MALAM ANUGERAH KRT CEMERLANG KUALA MUDA/YAN
TARIKH : 2 MAC 2008
MASA : 8.00 - 10.30 malam
TEMPAT : KELAB CINTA SAYANG GOLF RESORT, SUNGAI PETANI
(Dirasmikan oleh : En. Yunus Mansur, Pengarah JPNIN Kedah)

FAKTA MAJLIS MALAM ANUGERAH KRT CEMERLANG KUALA MUDA/YAN

1. Majlis berlangsung sehari selepas Majlis Perlancaran KRT BPJ 2. Ianya diadakan bagi menghargai KRT yang aktif di kawasan Kuala Muda/Yan melalui anugerah yang telah ditentukan.

2. Jemputan terhad kepada AJK KRT dari JPNIN. Yang hadir mewakili KRT BPJ 2 ialah Hamidon Hamid(Pengerusi), Mustaffa Abd. Rahman(Setiausaha) dan AJK- Zamarludin, Yusof dan Jazni.

3. Taniah buat Saudara Razai Ismail(Abang Razai) dari KRT BPJ 1 yang dipilih sebagai diantara Pengerusi cemerlang.

4.Majlis berkenaan telah berjaya membuka minda wakil-wakil KRT untuk lebih memahami peranan yang perlu dijalankan di dalam masyarakat.
Kiri : Yusoff, Jazni, Hamidon dan Zamarludin di lobi sejurus majlis berakhir

RENUNGAN 3 : KRT BPJ 2 MILIK KITA SEMUA

Aktiviti KRT tidak dapat digerakkan hanya dengan bergantung kepada AJK KRT BPJ 2 semata-mata. Sokongan penduduk sebagai ahli KRT amat penting untuk bersama-sama berganding bahu bagi mengjayakan setiap aktiviti.

Kerana KRT BPJ 2 adalah milik kita semua dan kitalah yang bakal memastikan ianya terus dijayakan dan berkeseinambungan...

"semoga Allah memberkati dan merahmati usaha kita ke arah menyatupadu dan memperkasakan masyarakat setempat"

Tuesday, September 9, 2008

AKTIVITI 02/2008 : GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN PADANG

PROGRAM : GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN PADANG
TARIKH : 23 Mac 2008
MASA : 9.00 pagi
TEMPAT : PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA

FAKTA MENARIK
1. Sampah sarap memenuhi Padang Zon Bougainvillaea selepas majlis perlancaran. Nak tunggu tengok saja ? Lalu suatu aktiviti gotong royong menglibatkan AJK yang berkelapangan waktu pada waktu itu telah diadakan.

2. Dengan kapisiti 9 orang sukarelawan tidak sampai setengah jam semua sampah berjaya dibersihkan.

3. Tak tahan bau bila lampin pakai buang bayi dan juga tuala pelekat wanita juga ditemui.Puncanya mungkin dari anjing yang membawa sampah yang tidak tertutup tongnya.

4. Kesedaran untuk tidak membuang sampah merata-rata disamping menjaga kemudahan awam di dalam masyarakat kita perlulah dipertingkatkan....(tak laratla kalau kena buat gotong-royong selalu-sukarelawan pun boleh lari malam)Kiri : Subra, Jazni, Zamri, Kadir, Shuib Arrifin dan Zaini antara yang mengambil bahagian pada hari itu dalam acara menggutip sampah.(Kebersihan tanggungjawab kita bersama)

Thursday, September 4, 2008

AKTIVITI 01/2008 : MAJLIS PERLANCARAN KRT BPJ 2 (PART 2- "BIGDAY")

PROGRAM : MAJLIS PERLANCARAN KRT BPJ 2
TARIKH : 1 Mac 2008
MASA : 8.00 pagi - 3.00 petang
TEMPAT : PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA
(Dirasmikan oleh Penolong Pengarah JPNIN Kedah Tuan Hj Hashim Yob mewakili Pengarah JPNIN En. Yunus Mansur, tetamu terhormat : Timbalan Superintenden Ong Aik Chiang, Timbalan Polis Daerah Kuala Muda dan En. Meor Hashim Meor Hassan, Pegawai JPNIN Kuala Muda/Yan))


FAKTA MENARIK MAJLIS PERLANCARAN KRT BPJ 2

1.Kawasan rukun tetangga Bandar Puteri Jaya 2 telah ditakrifkan pada 13 jun 2007 yang mengliputi Zon boungainvillaea, melingkungi dari Jalan BPJ 1/3 sehingga Jalan BPJ 1/8.

2. Acara sukaneka, pameran(Jabatan Penjara, AADK, Bomba, Proton dan KISMEC), pemeriksaan kesihatan, peraduan mewarna dan cabutan bertuah diadakan sempena majlis tersebut.

3. Makanan disediakan untuk 600 orang tidak mencukupi(maaf pada yang tidak mendapat makanan...budget agak terhad)

4. Van teh 888 terpaksa bergegas pulang awal disebabkan sambutan yang melebihi penajaan(terimakasih atas teh o ais limau percuma yang "kaw")

5. Hujan yang turun mencurah seminggu diikuti lebat pada malam sehari sebelum majlis amat membimbangkan. Namun bermula pukul 8.00 pagi sehingga 3.00 petang sebaik semua acara selesai hujan turun dengan lebatnya..(fuhh...syukur alhamdullilah..)

6.Usaha kerjasama dan permuafakatan diantara AJK & penduduk KRT BPJ 2 telah menyaksikan suatu majlis yang meriah telah dijayakan dengan sebanyak 13 khemah telah didirikan. Alhamdullilah.......

FOTO-FOTO MAJLIS PERLANCARAN KRT BPJ
Sukaneka "chariots of fire"mencari duit dalam tepung(jimat sikit..tepung mahal ooii)

Pameran di khemah Agensi Anti Dadah Kebangsaan(belia benci dadah!!..dan rempit..)
Pemeriksaan kesihatan memang mendapat sambutan yang menggalakkan, cuma yang agak tidak begitu menyeronokkan ialah beberapa penduduk dikenali menghidap penyakit kencing manis.

Peraduan mewarna ramai yang masuk dan ramai juga ibu bapa yang mewarna menggunakan "mulut"(arah anak pilih warna dan cara nak mewarna)

Tuan Hj. Hashim Ayob Penolong Pengarah JPNIN Kedah sedang memberi ucapan sebelum membuat perlancaran KRT BPJ 2

Cenderahati dari KRT BPJ 2 disampaikan oleh Saudara Hamidon Hamid, Pengerusi KRT BPJ 2 kepada Tuan Haji Hashim Ayob

Penduduk yang hadir dari pelbagai peringkat umur dan kaum

Majlis selesaiii..waktu hadirin dah balik rumah letih tersadaiii....dah jadi AJK urusetia terpaksalah tunggu tutup kedaiiii...

TERIMAKASIH KEPADA

JKR KUALA MUDA YAN, MPSPK, JPNIN, JABATAN KESIHATAN SUNGAI PETANI, JABATAN BOMBA, JABATAN PENJARA, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, SWISS IN HOTEL, OSK PROPERTIES SDN. BHD., HOTEL SERI MALAYSIA, HASSANI BOOK STORE DAN PIHAK-PIHAK YANG MEMBANTU DARI SEGI PENAJAAN DAN SUMBANGAN.

Wednesday, September 3, 2008

AKTIVITI 01/2008 : MAJLIS PERLANCARAN KRT BPJ 2 (PART 1- DISEBALIK TABIR)

PROGRAM : MAJLIS PERLANCARAN KRT BPJ 2
TARIKH : 1 Mac 2008
MASA : 8.00 pagi - 3.00 petang
TEMPAT : PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA
(Dirasmikan oleh Penolong Pengarah JPNIN Kedah Tuan Hj Hashim Yob mewakili Pengarah JPNIN En. Yunus Mansur)

DISEBALIK TABIR MAJLIS PERLANCARAN KRT BPJ 2

1. Perancangan dan persiapan majlis ini dibuat hanya dalam masa sebulan atas arahan JPNIN Kedah..mau pecah peluh AJK KRT BPJ 2 kehulu kehilir membuat persediaan...

2. Sewaktu orang sibuk berkempen, tampal poster dan naikkan bendera bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 12... kita sibuk memasang banner untuk majlis perlancaran..

3. Mesyuarat bersilih ganti dengan urusetia sukan Saudara Ramlee, Sabri dan Yusof yang biasanya dibuat pada waktu malam sementara dengan urusetia makanan dan minuman Puan Hamidah dan Puan Siti yang dibuat pada waktu petang selain dari 2 kali mesyuarat AJK KRT BPJ 2.

4. Khemah, persiapan pentas dan lanskap di taja oleh OSK Properties, Jabatan Kerja Raya Kuala Muda/Sik, dan Majlis Perbandaran Sungai Petani.

5. Pembersihan padang dan persiapan tempat dijalankan secara gotong royong...terimakasih pada semua yang terlibat yang turun dengan relahati untuk sama-sama mengjayakannya.

6. Tersentuh hati melihat semangat gotong-royong dan kerjasama AJK dan penduduk yang terlibat memasang khemah sehingga malam dalam hujan yang lebat bercahayakan lampu lori Saudara Kadir(semoga Allah membalas usaha tuan-tuan).
FOTO-FOTO PERSIAPAN MAJLIS PERLANCARAN KRT BPJ 2

Orang lain sibuk tampal poster..kita sibuk pasang banner. Dari kiri Zaini, Din, Jasni, Ramlee dan yang berkain pelikat ialah Farid-Perhatian beliau AJK KRT BPJ 2 bukannya Bangla!!
Terimakasih Majlis Perbandaran Sungai Petani dan JKR Kuala Muda/Sik

Adik-adik ni dah pun mempraktikkan salah satu modul PLKN..gotong royong kerja kemasyarakatan.
Dalam kegelapan malam dan hujan mencurah dengan bercahayakan suluhan lampu lori mereka terus menjalankan kerja-kerja pemasangan khemah. Dari kiri Zamarludin, Shuib, Jasni, Kamil dan Lim.

RENUNGAN 2 : IMEJ KAWASAN ADALAH CERMIN KEPERIBADIAN DAN MARUAH

Masyarakat adalah sebahagian dari kita. Jika teruk masyarakat disekeliling kita, apakah kita tidak tertempias terkena kesannya?

Contohnya : Masalah sosial berleluasa dikawasan perumahan kita seperti khalwat,merempit, bohsia, pecah rumah dan lain-lain lagi sehingga ianya menjadi bualan bukan sahaja masyarakat setempat malah popular di dada-dada akhbar!!!

Apakah sedikit sebanyak kita tidak merasa malu ataupun terancam disebabkan masalah-masalah berkenaan? Apakah sanggup kita mendengar orang luar berkata "Ahhh..Zon Bougainvillaea tu memang teruk-hancus!!..ramai budak-budak buat projek kat situ-line clear"!!

Sesungguhnya "IMEJ KAWASAN KITA ADALAH CERMIN KEPERIBADIAN DAN MARUAH KITA"secara tidak langsung dari kacamata orang luar.


Oleh itu marilah bersama-sama kita meluangkan sedikit masa dan tenaga menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang positif demi kemanafaatan bersama juga demi...menjamin keperibadian dan maruah kita terjaga dan tidak akan menjadi bahan bualan apalagi bahan ketawa.

Semoga Allah Merahmati Kita

AKTIVITI 03/2007 : IBADAH KORBAN & AKIQAH DENGAN KERJASAMA SURAU AL MUBARAK

PROGRAM : IBADAH KORBAN & AKIQAH DENGAN KERJASAMA SURAU AL MUBARAK
TARIKH : 20 DISEMBER 2007(Aidil Adha Pertama)
MASA : 10.00 PAGI - 6.00 PETANG
TEMPAT : KAWASAN LAPANG BERHADAPAN JALAN 1/3 ZON BOUGAINVILLAEA


FAKTA MENARIK IBADAH KORBAN & AKIQAH

1. Sebanyak 3 ekor lembu dijadikan korban. Daging diedarkan kepada penduduk KRT BPJ 2 sementara sebahagian darinya dimasak untuk dijadikan jamuan hari raya.

2. Lembu yang sepatutnya sampai selepas Solat Hari Raya Aidil Adha telah tertunda sehingga pukul 1.30 tengahari. Akibatnya masak tengahari dekat waktu Asar dan jamuan pula diadakan lewat petang...Namun begitu semua nasi dan lauk pauk.."clearrrr".

3. Hari berkenaan menyaksikan beberapa penduduk menampilkan skil-skil tersembunyi dalam kerja-kerja melapah, memotong dan "mencari bahagian yang paling sedap untuk dimakan".

FOTO-FOTO MAJLIS IBADAH KORBAN & AKIQAH 2007 Saad. Zamarludin, Abang Salihin dan Zakaria menjalankan kerja potong memotong bahan untuk jamuan Aidil Adha...(dekat rumah rajin macam ni jugak ka??..)
Sebelum balik kenala basuh periuk belangga dan mangkuk pinggan- Yang menyinsing lengan dari kiri Abang Mustaffa, Pak Ya, Huzaimi, Arrifin dan Abang Zaki

Tuesday, September 2, 2008

AKTIVITI 02/2007 : MAJLIS BERBUKA PUASA KERJASAMA SURAU AL MUBARAK

PROGRAM : MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN KERJASAMA SURAU AL MUBARAK
TARIKH : 6 OKTOBER 2007
MASA : 6.00 - 8.00 MALAM
TEMPAT : SURAU AL MUBARAK ZON BOUGAINVILLAEA

FAKTA MENARIK MAJLIS BERBUKA PUASA 2007

1. Gotong royong memasak untuk berbuka puasa, menu utama : Nasi daging, daging cicah air asam, kari "Penang Punya Mai", jelatah, acar buah dan kuih-muih sebagai aksesori juadah.

2. "Master Chef" diketuai oleh Abang Ismail untuk nasi daging dan seangkatan dengannya sementara kari"Penang Punya Mai" dirempahratus ramuannya oleh Chef Arabi(Mamu)..Otai KRT BPJ 2.

3. Terasa kemesraan diantara penduduk yang menggambil bahagian sewaktu gotong royong memasak diadakan, terlebih-lebih lagi kemesraan dan kerjasama yang ditunjukkan sewaktu makan...sama-sama meng"perabih"kan(SOLD OUT!!).


"BIAR MISKIN HARTA TAPI JIWA KAYA DENGAN CINTA - CINTAKAN AGAMA, CINTAKAN KELUARGA...CINTAKAN NEGARA...CINTAKAN KEDAMAIAN...KERANA CINTA SEDEMIKIAN BAKAL MENENANGKAN JIWA DARI EMAS DAN HARTA BERJUTA"


PS: Tapi kalau kaya harta dan cinta sekaligus....kira "bonus"la...

FOTO-FOTO MAJLIS BERBUKA PUASA

"Master Chef" Abang Mail(berbaju belang) sedang memantau Zamarludin dan Abang Zul memasak. Turut menyaksikan peristiwa berkenaan dengan tekun adalah Abang Mahmud, Lee dan Cikgu Mustaffa.

Paksu sedang tekun mendayung kari dalca, sementara dibelakang Lee, Shukri dan Abang Zul sedang berdebat tentang cara yang betul memotong timun. Seperti biasa "Master Chef" memberikan tunjuk ajar dari jarak jauh.

Friday, August 29, 2008

AKTIVITI 01/2007 : MALAM PENGHAYATAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA

PROGRAM : MALAM PENGHAYATAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2007
MASA : 8.00 - 11.00 MALAM
TEMPAT : PADANG PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA
(Dirasmikan oleh ADUN Sidam YB. Dato’ Fong Chok Gin, diwakili oleh : En. Ooi Beng Kooi)

DISEBALIK TABIR

1.Idea mengadakan sambutan merdeka ke 50 pada asalnya datang dari seorang AJK(saudara Zamarludin). Cadangan asal nak buat kutipan RM10/= seisi rumah bagi mengadakan barbeque..sambil makan sambut merdeka.

2.Untuk menjadikan sambutan berkenaan lebih bermakna. acara mendeklamasi puisi, nyanyian lagu patriotik dan tidak ketinggalan acara kegemaran ramai iaitu jamuan telah diusulkan dalam mesyuarat AJK.

3.Tanpa sebarang dana atau geran yang belum diterima, AJK KRT BPJ 2 telah berusaha mencari penajaan dan sumbangan dari pihak-pihak berkaitan.

4.Semangat penduduk yang tanpa diminta pertolongan turut sama-sama turun membantu membuat persediaan persiapan majlis menggambarkan "masih ada golonggan yang mempunyai nilai kesedaran yang tinggi terhadap kerja-kerja kemasyarakatan yang sememangnya tiada menjanjikan sebarang bentuk ganjaran material-hanya kesejahteraan dan kemanafaatan bersama masyarakat setempat yang menjadi dambaan-buat kita, keluarga, masyarakat dan generasi masa depan". Insyaallah...

FOTO-FOTO PERSIAPAN dan MAJLIS SAMBUTAN MALAM PENGHAYATAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA
Paksu, Pekerja OSK, Farid, Kadir, Shukri dan Lan sedang memasang khemah tajaan OSK Properties.
Pentas buatan Malaysia(Made by Rosmini(mie)-nationality=Malaysian)..Karpet buatan Bangladesh!!??
Semua sudah siap..minta jangan hujan sudahlah(dengan rahmat Allah hujan lebat yang melanda seminggu di KRT BPJ 2 tiba-tiba hanya turun rintik-rintik)
Diantara yang menyampaikan persembahan :

1. Malaysia Boleh(sajak)Adik Nurzahirah Bt. Shuib

2. Bapa Kebebasan(sajak) - Adik Nasriq & Adik Akmar

3. Bahtera Merdeka &Warisan(lagu) - Sdri. Noo rifhan Yusoff

4. Jadilah Anak Merdeka(sajak)- Sdr. Kader Matheesa & Adik Nasreen

5. Dengan Bersemangat Patriotik (sajak) - Sdr. Jerukasi Abdull

6. 50 Tahun Merdeka - Sdr Hady Omar

7. Keranamu Malaysia - Adik Divan a/l Raja Kumar

Penduduk yang hadir dari pelbagai kaum menyaksikan persembahan nyanyian patriotik

FAKTA MENARIK MAJLIS MALAM PENGHAYATAN KEMERDEKAAN NEGARA KE 50

1. Persembahan yang dibuat pada malam berkenaan tanpa ada sebarang "latihan(reherseal)"

2. Tarikh sebenar majlis diubah dari 8 September 2007 ke 9 September 2007 disebabkan "final "Piala Malaysia..Kedah ke "final."

3. Penajaan dan sumbangan utama dari Ahli Parlimen Sungai Petani, ADUN Sidam dan OSK Properties.

"TUAI PADI DIANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI SEMEMANGNYA SUDAH NAMPAK
PERPADUAN KAUM TERAS KEMEDEKAAN"

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!