Friday, August 22, 2008

BERMULANYA SEBUAH PERMUAFAKATAN-2006

PROGRAM : MAJLIS TAKLIMAT KAWASAN RUKUN TETANGGA
ZON BOUGAINVILLAEA, SUNGAI PETANI, KEDAH
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2006
MASA : 8.00 - 11.00 MALAM
TEMPAT : TAMAN PERMAINAN ZON BOUGAINVILLAEA

Kawasan Rukun Tetangga Bandar Puteri Jaya (KRT BPJ 2) telah mendapat penakrifan sebagai KRT pada 13 Jun 2007 oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang beribu pejabat di PutraJaya yang meliputi Jalan BPJ 1/3 sehingga Jalan BPJ 1/8 Zon Bougainvillaea, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Usaha mendapatkan penakrifan KRT bermula semenjak dari tahun 2006 dan kemuncak kepada permohonan tersebut ialah dengan berlangsungnya majlis taklimat yang dikendalikan oleh Jabatan perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Muda/Yan(JPNIN) pada 9 September 2006, jam 8.30 malam di Padang Permainan Zon Bougainvillaea.

Majlis taklimat berkenaan telah disampaikan oleh En Meor Hashim Meor Hassan Pegawai JPNIN daerah Kuala Muda dan En. Omardi Ismail(JPNIN) yang mana kos penyelanggaraannya adalah hasil kutipan wang yang dibuat dari AJK penaja bagi menampung penyewaan khemah, audio dan juga jamuan ringan.

Taklimat malam tersebut menjurus kepada peranan KRT untuk masyarakat setempat disamping panduan dan tindakan selanjutnya bagi mendapat pentakrifan dari JPNIN. AJK penaja juga telah ditubuhkan bagi memastikan matlamat yang disasarkan tercapai.

Semangat permuafakatan yang ditunjukkan oleh penduduk yang terlibat sebermula dari pembersihan padang, mendirikan khemah dan menguruskan jamuan dilihat sebagai suatu cetusan kesedaran penduduk setempat bagi merealisasikan suatu pertubuhan yang dapat menjana perpaduan dan sekaligus berperanan sebagai badan mewakili kepentingan dan kebajikan awam Zon Boungainvillaea.


FOTO-FOTO MALAM TAKLIMAT (16 September 2006)


Abang Mahmud,Shuib,Zamarludin, Jasni, Abang Mie, Kadir dan abang Jo membetulkan tiang khemah

Dari Kiri: Amran(Setiausaha Penaja), En Omardi(JPNIN), En Meor Hashim(JPNIN-Kuala Muda/Yan) dan Hamidon(Pengerusi Penaja)

Dari Kiri: Kadir, Shukri, Zamarludin, Abang Jo, Cikgu Saidin dan penduduk setempat sedang mendengar taklimat.
Penduduk dari pelbagai kaum yang hadir

Alhamdullilah...majlis taklimat tersebut telah memberi penjelasan terhadap peranan dan juga halatuju KRT buat masyarakat setempat. Ianya juga merupakan titik tolak gerakerja yang lebih serius kearah penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Zon Bougainvillaea.

"Pucuk pauh delima batu
anak sembilang ditapak tangan
walaupun sibuk masa tak menentu
semangat kejiranan dilupa jangan"

"Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang prangsaka buang sengketa
demi perpaduan kita turutkan".
























No comments: