Monday, August 25, 2008

RENUNGAN 1 : ANUGERAH DARI SATU KEMUSIBAHAN


"Jadilah seperti rumah api,
menjadi pedoman buat pelayar dilautan
sewaktu laut bergelora ombak menggila
ia terus tegak bertahan..biarpun
dalam kesakitan-ombak menghentam"

Seseorang yang menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberi dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan biasanya tidak dapat bertahan lama.

"you can fool some people sometimes but you can't fool all the people all the time"(anda boleh memperdayakan sesetengah orang pada sesetengah masa tapi anda tidak akan boleh memperdayakan semua orang pada semua masa)

Kita mungkin pernah, sedang atau akan menghadapi keadaan dimana seseorang yang diberi amanah bagi menjalankan kerja kemasyarakatan mengkhianatinya dengan menjadikan ia sebagai platform untuk mengaut keuntungan peribadi.Kesan darinya mungkin akan menyebabkan sesetengah golongan masyarakat akan mem"borong"(menuduh) kesemua AJK/pengerak persatuan berkaitan sebagai "haprak"!!- Ibarat "sesekor lembu membawa lumpur habis semua terpalit"..."kerana nila setitik habis susu sebelangga"..

AJK/pengerak yang kena terpalit pula boleh pula diibaratkan "tak ada kerja cari kerja..kerja pula tak dapat duit...yang cuma dapat hanya kutukan-memang perit-hati sakit". Cuma satu ubat yang boleh mereda sekaligus menyembuhkan kesakitan berkenaan iaitu "bersabar" ("sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar").

Sesuatu peristiwa hitam harus dihadapi dengan tenang. Mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu musibah adalah keutamaan yang perlu difokus bukannya dengan cepat melatah. Musibah dan cabaran yang mendatang adalah merupakan suatu proses kearah kematangan dalam kita terus mengharungi hidup di bumi Allah ini.

Proses penyelesaian Masalah/musibah:-
1. Analisa punca masaalah
2. Kenalpasti kaedah-kaedah penyelesaian masalah/musibah
3. Pilih kaedah yang terbaik penyelesaian masalah berdasarkan analisa

(jika terdapat Pro dan Kontra diantara kaedah-kaedah berkenaan, pilih yang paling ringan
kemudharatan dan kesan negatifnya)
4. Implementasikan kaedah yang dipilih

Seberat manapun cabaran ataupun musibah yang menimpa, ambil ianya sebagai panduan dan pengajaran untuk pedoman di masa hadapan disamping tindakan penyelesaian haruslah disusuli bagi membetul atau menenangkan kembali keadaan. Jauhi sikap terlalu mengenang, mengungkit, meratap ataupun yang senada dengannya kerana kesemua itu tidak akan dapat merubah apa yang telah berlaku...



"Yang berlalu hanyalah suatu sejarah

usah terlalu diungkit atau diseranah...

ayoh..bangun kembali jalankan amanah

setiap kejadian semestinya punya hikmah"



No comments: